Cendol Kampung Hulu
Lokasi: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka
Menu Popular/Tarikan: Cendol dengan santan beku yang dikisar
Info Ringkas: Cendol Kampung Hulu terkenal dengan rasa pekat dan gula Melaka asli. Hidangan ini menggunakan santan yang dikisar sehingga bertekstur halus, memberikan rasa yang lebih unik. Cendol Kampung Hulu merupakan salah satu tempat makan menarik di Melaka yang popular kerana lokasinya di tepi sungai. Tempat ini menjadi kegemaran pelancong dan penduduk setempat. Harganya yang murah menjadikannya salah satu tarikan wajib di Melaka.
Asam Pedas Claypot
Lokasi: Bandar Hilir, Melaka
Menu Popular/Tarikan: Asam pedas ikan pari
Info Ringkas: Sebagai salah satu tempat makan menarik di Melaka, restoran ini terkenal dengan rasa autentiknya. Restoran ini menyajikan asam pedas Melaka dalam claypot. Hidangan kekal panas, dengan rasa rempah yang pekat dan ikan pari segar. Hidangan sampingan seperti nasi panas dan ulam melengkapkan rasa tradisionalnya. Tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong yang mencari makanan asli Melaka. Suasana restoran sederhana tetapi selesa untuk keluarga.
Cencaluk
Info Ringkas: Cencaluk adalah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, yang difermentasi dalam balang fermentasi (penapaian) cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Tempat boleh dibeli : Pesisiran kawasan Sungai Udang, Gerai MPHTJ Taman Botanikal Ayer Keroh Gerai IKS Lot G, Dataran Pahlawan, Pantai Klebang Limbongan & Tanjung Kling
Dodol
Sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan manis (manisan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Memasak dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung pulut, gula pasir, gula melaka. Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada Santan kelapa tua, gula tebu dan gula melaka serta tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 5 hingga 6 jam pada suhu tinggi. Hasilnya, fizikal Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis.
Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan sama ada dari segi warna bentuk atau rasanya.
Kuih Bakar Berlauk
Kuih Bakar Melaka, beralamat di depan Medan Niaga Paya Rumput, Cheng, Melaka.
Beroperasi setiap hari kecuali Selasa dan Rabu. Mula pukul 7.30 pagi sehingga kuih habis(biasanya tengahari)👌🏻
Ada 4 jenis kuih bakar, kuih bakar pandan original, pandan berempah, inti daging dan kuih bakar inti daging😄Inti daging dan inti ayam hargan RM8.00 dan yang lain harga RM6.00
Kuih Bulan
Merupakan pastri makanan Cina secara tradisi dimakansemasa perayaan Pertengahsn Musim Luruh. Pestacbagi sembahyang gamari dan memerhati bulan. Kuih Bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa.
Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.
Inti
Kuih bulan yang dibelah menunjukkan pes biji teratai di keliling "bulan" kuning telur (pecah berderai.Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat. Selain itu, pes biji teratai, pesa kacang manis dan sebagainya.
Ayam Pongteh
Hidangan Baba dan Nyonya yang diperbuat daripada ayam, kentang dan kicap manis serta gula Melaka sebagai penambah perisa. Hidangan ini begitu enak sekali dan sering dijadikan hidangan tengahari mahupun malam.
Ayam Pongteh adalah hidangan khas Peranakan yang menggunakan kacang soya fermentasi sebagai bahan utamanya. Ia direbus bersama-sama dengan kentang di atas api yang kecil bersama kicap dan gula Melaka sehingga lembut.
Hidangan ini mempunyai rasa yang sedikit manis dan terbaik disajikan dengan nasi
Laksa Nyonya
Merupakan hidangan berkuah pedas yang popular di kalangan masyarakat Peranakan di Asia Tenggara. Ia diperbuat daripada mee gandum tebal atau bihun yang dimakan bersama ayam, udang atau ikan serta disajikan bersama kuah pedas berasaskan kari.
Masyarakat Peranakan di Melaka adalah keturunan puteri Cina yang bernikah dengan Sultan Melaka pada abad ke-15. Mereka mempunyai tradisi dan resipi mereka sendiri yang merupakan perpaduan kedua budaya ini – Melayu dan Cina. Oleh itu, hidangan laksa Nyonya ini dipengaruhi oleh gabungan dua budaya maka terhasillah hidangan ini.
Tapai
Tapai ialah sejenis manisan yang dibuat daripada pulut. Ia sesuai di jadikan pencuci mulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular daripada tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berbanding tapai ubi kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut (pulut biasa atau pulut hitam) ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun yang digunakan adalah daun pisang dan daun getah. Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan.
Coconut Shake
Ia adalah campuran air kelap dan isinya, kiub ais dan ais krim vanila dicampur bersama-sama dalam pengadun. Dengan rasanya yang semula jadi manis dan berkrim dengan rasa smoothie seperti kelapa. Klebang Original Coconut Shake adalah kedai yang pertama buka di Negeri Melaka, diikuti dengan kedai di Batu Berendam Coconut Shake .
Belacan Melaka
Antara produk ikonik yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pelancong dan pengunjung ke negeri ini.
Tidak hairanlah, di sepanjang jajaran jalan dari Lereh menghala ke Klebang terdapat banyak gerai-gerai produk industri kecil dan sederhana yang dijual dan sering menjadi persinggahan orang ramai.
Belacan Melaka masih popular kerana ia menjadi penyedap dan pelengkap kepada pelbagai jenis juadah seperti asam pedas, sambal, nasi goreng dan pelbagai lagi.
Belacan asli udang geragau yang terdapat digerai dijual pada harga serendah RM5 bagi setiap 300 gram.
Kuih Keria Melaka
Kuih keria gula Melaka, dikenali dengan rasa manis dari ubi keledek dan gula Melaka yang berkilat. Ia menjadi kegemaran ramai kerana keenakannya dan aroma gula Melaka yang wangi. Beberapa lokasi terkenal di Melaka yang menjual kuih keria termasuk Kuih Keria Antarabangsa (Haji Jalil dan Hajjah Rahmah) di Limbongan.
Kuih keria gula Melaka adalah kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek, dibentuk seperti gelang, digoreng, dan disalut dengan gula Melaka yang pekat. Pengunjung boleh membeli di kedai seperti berikut :
Kuih Keria Antarabangsa (Haji Jalil dan Hajjah Rahmah):
Terletak di Limbongan, Melaka, terkenal dengan kuih keria gula Melaka yang unik dan warisan.